Kementerian Pertahanan yakin pembinaan 3,500 unit rumah bagi warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia di bawah program Satu Rumah Satu Anggota atau SASAR dapat disiapkan sepenuhnya pada tahun 2025.<br /><br />Biarpun mengalami sedikit kelewatan daripada jangkaan asal susulan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Menterinya, Datuk Seri Mohamd Hasan berpuas hati dengan gerak kerja semasa projek yang sudah 21 peratus siap.